Thursday 29 November 2012

sALaM kHaM!S ..


assalamualaikum uolllls..hehehe

aishhhhh,lma btol xupdate entry kn..bkn ape kengkawan ..bz skit looooo..huhuhuhu
nie pon sbb tergerak atii nk mlwat blog sndriii..then kne plak arii niee arii kamis so,ssuai sngt laa ngan 'tajuk' entry kli niee...heee..emmmmm,entry kli nie sal KELEBIHAN ARI KHAMIS..daa lma nk update entry nie..tp..................................hehehe ..nie pon curi2 msa ckit..smbil update entry smbil bt report..smbil mngelam mnum air org kate..2in1 pon bole gak..ngee ~ =D ...emmmmm,okelaaa..korang bace ekk klbhn ari kamis yg sya nk share nie..moh kite !!!! =)




Hari Khamis merupakan hari yang ke  5, sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai الخميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”.. untuk pengetahuan korang laa kn, hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat.. Kerana Allah memerintahkan Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Kamis.

Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.

2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).

3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.

4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.

5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.

6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

 Hari Khamis ini juga disunatkan untuk ummat Islam melakukanPUASA SUNAT.. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:

Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Zikir hari Khamis – Zikir yang boleh Anda amalkan pada hari Khamis ini ialah:

سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ


Doa hari Khamis – Di bawah ini adalah doa-doa yang boleh anda amalkan selepas sembahyang 5 waktu pada hari Khamis ini.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk berkhidmat kepada jabatan ini dengan lebih cekap serta cemerlang.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Itu laa shja yg dpt kongsikan tentang kelebihan hari Khamis dalam Islam bersama uolllls ..semoga sama-sama kita amalkan pada hari Khamis ini ya. Insya-Allah..


okelaaa uollllls...

insyaAllah lau adee info2 yg mnarik ag akn ku update entry ag..hehehe
okebaiiiii..
wallaweiiii ~
salam .. =)

gambar selingan ckit ...ngee ~



 ctwatien a.k.a awekcun ( jgn jeles ..nk angkat bngkul ckit jee) wakaka

No comments:

Post a Comment